(Foto FB Fahmi Fadzil)
KUALA LUMPUR, 7 Jun- Peralihan rangkaian 5G di Malaysia ke sistem dwirangkaian tidak akan menamatkan peranan Digital Nasional Berhad (DNB).
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sekali lagi menjelaskan, DNB masih beroperasi, namun satu lagi entiti dibenarkan beroperasi untuk memecahkan monopoli.
"Maka, hari ini, saya bertemu dengan pegawai dan kakitangan DNB untuk menjawab sendiri persoalan yang terbuku dalam fikiran mereka.
"Kerajaan sentiasa bersikap 'business friendly' (mesra perniagaan), namun kerajaan juga akan memastikan apa jua sektor bersifat kompetitif supaya rakyat dapat manfaatnya secara tidak langsung," jelas beliau menerusi Facebook.
(Foto FB Fahmi Fadzil)