IPOH, 22 April – Kerajaan Negeri Perak bakal menambah peruntukan bagi pembangunan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada RM6.5 juta, berbanding RM5.5 juta sebelum ini.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A. Sivanesan, berkata tiga kluster baharu telah diwujudkan, menjadikan keseluruhan sebanyak sembilan kluster program TVET di negeri itu.
Menurut beliau, bagi Fasa 1, sebanyak 90 program TVET telah dilaksanakan sehingga Jun 2025, melibatkan penyertaan seramai 1,370 peserta.
“Keenam-enam program TVET ini telah dijalankan sepanjang tahun 2020 hingga 2024. Pada tahun 2024 sahaja, sebanyak 151 kursus telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 2,835 peserta yang telah menerima manfaat.
"Statistik juga menunjukkan seramai 896 orang peserta telah berjaya ditempatkan bekerja selepas tamat latihan,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini.
.