Perak: Larangan beg plastik terima sambutan baik

Foto RTM

IPOH, 17 Oktober – Pelaksanaan larangan penggunaan beg plastik jinjit sekali guna di Perak sejak 1 September lalu menerima sambutan menggalakkan, tanpa sebarang aduan daripada orang ramai setakat ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • PBT memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesedaran awam sebelum penguatkuasaan dilaksanakan secara lebih serius.
  • Larangan melibatkan premis tetap seperti pasar raya besar, kedai serbaneka, restoran makanan segera dan farmasi.
  • Dasar bertujuan mengurangkan pencemaran plastik dan membentuk amalan mesra alam melalui kerjasama kerajaan, peniaga dan orang ramai.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) masih memberi tumpuan kepada usaha pendidikan dan kesedaran awam sebelum penguatkuasaan dilaksanakan secara lebih serius.

“Setakat ini, penerimaan orang ramai agak menggalakkan dan tiada sebarang aduan diterima.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga belum melaksanakan penguatkuasaan secara serius kerana usaha pendidikan dan meningkatkan kesedaran masyarakat masih diteruskan,”katanya pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara dan Hari Ozon Sedunia 2026 Peringkat Negeri Perak di Ipoh.

Larangan itu melibatkan premis tetap termasuk pasar raya besar, kedai serbaneka, restoran makanan segera dan farmasi.

Sebelum ini, kerajaan negeri melaksanakan Kempen Tiada Beg Plastik dengan mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik sebelum memperkukuh usaha berkenaan menerusi larangan penggunaan beg plastik jinjit sekali guna.

Dasar itu bertujuan mengurangkan pencemaran plastik selain membentuk amalan lebih mesra alam dalam kalangan masyarakat melalui kerjasama kerajaan, peniaga dan orang ramai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.