fb fb fb fb fb

Peperiksaan khas murid tahun enam dan tingkatan tiga di Sarawak disasar dilaksana dua tahun lagi

Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Dr. Azhar Ahmad

KUCHING, 10 Jun- Cadangan mewujudkan sistem penilaian peperiksaan bagi pelajar tahun enam dan tingkatan tiga di Sarawak dijangka akan bermula pada 2026.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Dr. Azhar Ahmad mengesahkan perkara tersebut kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Kecemerlangan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM 2023 di Kuching.

Tambahnya lagi, setakat ini, perkara tersebut masih dalam perbincangan Bersama dengan pihak Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Lembaga Peperiksaan.

Terdahulu, kerajaan negeri meminta untuk mewujudkan sistem sendiri bagi melaksanakan penilaian tersebut supaya tidak terus terikat dengan dasar pendidikan Persekutuan yang telah memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2021.

Dalam pada itu, bercakap mengenai lebih 2,000 kekosongan guru sekolah rendah dan menengah di Sarawak, Datuk Dr. Azhar turut memaklumkan proses pengisian jawatan tersebut masih dijalankan dari semasa ke semasa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE