(Datuk Dr Radzi Jidin ditemu bual media selepas Program Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan
Sektor Perancangan dan Pembangunan di Putrajaya)
PUTRAJAYA, 12 September - Proses penyelenggaraan pengurusan di sekolah seluruh negara akan diperkemas melalui pembinaan bangunan sekolah baharu atau tambahan bagi mengoptimumkan peruntukan yang digunakan.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia membabitkan reka bentuk yang lebih praktikal termasuk isu reka bentuk tandas sekolah yang sering dibangkitkan ibu bapa dan pelajar.
"Apa yang paling penting dalam konteks pembangunan ini adalah untuk kita pastikan supaya semua peruntukan-peruntukan pembangunan dan juga dalam konteks penyelenggaran semua peruntukan penyelenggaraan ini kita dapat gunakan secara optimum, dalam konteks peruntukan pembangunan ini kita dah jelaskan bahawa beberapa komponen dalam konteks reka bentuk sekolah ini kita telah minta supaya dikaji dengan lebih mendalam, kita tahu ramai ibu bapa dan guru-guru sebagai contoh menyentuh tentang tandas-tandas sekolah, ini bukan perkara baharu, ini dah bertahun-tahun lamanya," kata beliau ketika ditemui selepas Program Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan Sektor Perancangan dan Pembangunan, di sini hari ini.
(Datuk Dr Radzi Jidin pada Program Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan Sektor
Perancangan dan Pembangunan di Putrajaya)
Jelas Radzi, tandas sekolah sedia ada ketika ini berkonsepkan tandas basah dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik menyebabkan pelajar tidak selesa menggunakannya.