fb fb fb fb fb

Penutupan sementara tol Plaza A Bandar Cassia esok 13 Disember 2022

PULAU PINANG, 12 Disember- Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, (JSAHMS) akan menutup sementara lorong tol Plaza A Bandar Cassia untuk latihan simulasi kecemasan pada hari esok, Selasa (13 Disember 2022) mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, En Faisal Shahbudin, latihan simulasi itu bertujuan untuk menilai kesiapsiagaan dan tindak balas JKSB, pasukan kecemasan dan agensi berkaitan dalam menguruskan situasi kecemasan di lebuh raya bagi mengelak sebarang kejadian tidak dijangka kepada pengguna JSAHMS.


(Penutupan sementara tol Plaza A Bandar Cassia esok 13 Disember 2022)

"Keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa menjadi keutamaan kami. Justeru itu, latihan kecemasan akan dijalankan secara berkala bagi menilai tahap kesiapsiagaan kakitangan JKSB
dan agensi yang berkaitan. Latihan kecemasan ini akan melibatkan JKSB, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan kontraktor JKSB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah En Faisal, sepanjang tempoh itu, pengguna dari Lebuhraya PLUS ke pulau (Bayan Lepas / Batu Maung) akan dilencongkan ke Plaza B Bandar Cassia. Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan agar mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas JKSB ketika latihan dijalankan.

Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

Media Baharu