fb fb fb fb fb

1157 penduduk terjejas banjir di Kelantan

KELANTAN, 12 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir terus meningkat.

Menurut infobencana JKM, seramai 1,157 penduduk membabitkan 376 keluarga ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pasir Mas.

PPS SK Tok Deh mencatatkan jumlah paling ramai terjejas iaitu 590 orang daripada 154 keluarga.

Sementara di PPS SK Gual Periok, 323 individu berlindung melibatkan 109 keluarga.

Tiga lagi PPS yang beroperasi ialah SK Kubang Kual 115, PPS Putat Tujoh 83 dan Masjid Mukim Padang Licin 46 orang.

Sementara itu menurut laman web public infobanjir JPS, Sungai Golok di Rantau Panjang masih merekodkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 8.63 meter manakala Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat juga menunjukkan trend menaik iaitu 2.26 meter melebihi paras amaran.

Media Baharu