fb fb fb fb fb

KPKT fokus 4 pembangunan Prasarana

IPOH, 12 Disember- KementerianĀ Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengutamakan empat projek pembangunan Prasarana di Ipoh.

Jelas Menterinya Nga Kor Ming, perancangan terbabit bagi meningkatkan taraf hidup dan keselesaan warga setempat yang inginkan perubahan.

Projek terbabit ialah pembinaan bangunan parkir bertingkat di pekan lama Ipoh, pembangunan semula Flat Waller Court, pembinaan pasar baru di Pasir Pinji dan menaik taraf serta membaik pulih Pasar Besar Ipoh.

"Ini merupakan kehendak warga Ipoh yang telah lama menantikan perubahan positif ini. Saya berazam akan melakukan yang terbaik.

"Saya utamakan kesejahteraan rakyat. Kebajikan warga penduduk adalah keutamaan kementerian KPKT. Kami ambil berat kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat ADUN Kepayang di Ipoh.

(Nga Kor Ming)

Beliau telah meminta Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin untuk mengemukakan pelan pembangunan bagi pembinaan bangunan parkir bertingkat tersebut untuk menyelesaikan kesesakkan lalu lintas dan ruang parkir yang terhad.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga akan mengemukakan pelan pembangunan semula Flat Waller Court yang mendapat gelaran Flat Terpanjang di Asia Tenggara.

Mengulas mengenai pembinaan pasar baru di Pasir Pinji, beliau menjangkakan ia akan siap sepenuh pada tahun 2025.

Pada program yang sama, beliau turut memaklumkan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih Pasar Besar Ipoh akan dijalankan pada tahun hadapan bagiĀ tujuan keselesaan dan keselamatan pengunjung.

Media Baharu