fb fb fb fb fb

33 penghuni rumah terbakar berjaya selamatkan diri

KUCHING, 12 Disember- Lima buah rumah jenis tidak kekal di alamat Lorong Satu Kampung Pulo Ulu musnah seratus peratus dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.46 minit pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

 
(Foto Ihsan Bomba)

Setibanya di lokasi pihak bomba mendapati kebakaran tersebut melibatkan dua buah rumah jenis satu tingkat dan tiga buah rumah jenis dua tingkat telah musnah.

Selain struktur kediaman yang musnah, pihak bomba juga berusaha memadam api yang merebak ke sebuah kereta jenis Perodua Axia dan empat buah motosikal dan sudah musnah seratus peratus.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut pada pukul 2.18 minit pagi dan kesemua mangsa yang terdiri daripada 33 penghuni kediaman tersebut berjaya menyelamatkan diri masing-masing.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.51 minit pagi tadi.

Media Baharu