fb fb fb fb fb

Kamera badan pelihara integriti penguat kuasa KKM

(FOTO KKM)

PUTRAJAYA, 12 Disember- Inisiatif Kementerian Kesihatan mengaplikasikan penggunaan teknologi kamera badan pada petugas membantu dalam memastikan ketelusan dalam penugasan penguatkuasaan.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia juga dapat memelihara integriti petugas.

"Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada KKM khususnya Program Kesihatan Awam dan Program Farmasi atas inisiatif penggunaan teknologi Body Camera dalam pelaksanaan tugas penguatkuasaan.

"Penggunaan kamera badan ini bukan sahaja dapat memastikan ketelusan dalam pelaksanaan penguatkuasaan, malah dapat menjaga kebajikan dan keselamatan pegawai penguatkuasa semasa melaksanakan tugas mereka,"katanya.

Dr Zalina berkata demikian dalam ucapannya pada Perhimpunan Bulanan KKM di Putrajaya.

Tambahnya, pemakaian kamera badan kepada pegawai penguat kuasa juga dapat memelihara integriti dan meningkatkan imej KKM.

Sementara itu, genap seminggu menjawat jawatan nombor satu KKM itu, Dr Zalina sekali lagi menyatakan komitmennya untuk meneruskan usaha peralihan daripada penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan rakyat selain memastikan penjagaan kesihatan golongan wanita dan kanak-kanak serta warga tua sentiasa diberi keutamaan melalui komponen sistem kesihatan primer.

Juga, memberi tumpuan khusus menangani peningkatan penyakit tidak berjangkit; dan mereformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan negara khususnya melibatkan tempoh menunggu lama di fasiliti kesihatan, pemodenan fasiliti dan waktu operasi yang lebih fleksibel.


(FOTO KKM)

Media Baharu