fb fb fb fb fb

Peniaga Rantau Panjang sedia hadapi banjir

(Suasana pekan Rantau Panjang)

RANTAU PANJANG, 12 Disember- Pekan Rantau Panjang, Kelantan antara kawasan sering dilanda banjir ekoran limpahan Sungai Golok yang boleh mencecah sehingga paras paha.

Situasi itu memaksa peniaga untuk menutup sementara operasi perniagaan mereka.

Tinjauan RTM mendapati, kebanyakkan peniaga telah pun mula bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir ekoran hujan yang berterusan sejak empat hari lalu.

Peniaga pakaian, Sharifah Nazira Syed Alwi berkata, kebanyakkan peniaga di pekan itu telah mula mengambil langkah dengan meletak barang jualan di tempat selamat dan lebih tinggi bagi mengelakkan ia daripada ditenggelami air.

“Bulan 12 ni kalau hujan berterusan lebat, kena selamatkan barang-barang, sebab takut tenggelam, dibawa air, tiada la kami kerugian nanti,"katanya.

Sementara itu seorang lagi peniaga Mohd Hafizudin Abdul Rashid turut dengan nada sama, berkata semua barangan perlu diselamatkan terlebih dahulu dibimbangi kelak akan rosak akibat banjir.

Walaupun sudah biasa menghadapi bencana alam itu setiap tahun namun mereka tetap bimbang sekiranya berlaku banjir luar jangka.

Kebiasannya apabila tibanya bah, deretan kedai di pekan itu akan ditutup selama seminggu dan berikutan itu ada antara peniaga yang mengalami kerugian mencecah RM8,000.

Setiap hujung tahun, kebiasannya Pekan Rantau Panjang akan ditenggelami air banjir berikutan limpahan air Sungai Golok.


(Peniaga pakaian, Sharifah Nazira Syed Alwi)

Media Baharu