fb fb fb fb fb

Penjawat Awam Pahang terima bayaran BKK satu bulan setengah gaji

Menteri Besar Pahang, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail/ FOTO BERNAMA

KUANTAN, 4 Disember- Pahang hari ini meluluskan pemberian Bantuan Kewangan Khas (BKK) sebulan setengah gaji dengan minimum RM 2,000 kepada penjawat awam dibawah pentadbirannya.

Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM39.6 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif itu akan dikreditkan pada tahun hadapan.

"Kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah dengan minima RM 2,000 kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pahang.

"Bayaran ini akan dikreditkan pada tahun 2024 melibatkan peruntukan sebanyak RM39.6 juta", kata Wan Rosdy ketika sesi pembentangan Belanjawan Pahang 2024 di Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini.

Menurut Wan Rosdy, sumbangan itu sebagai menghargai kakitangan yang bekerja dengan baik serta galakkan meningkatkan pencapaian di masa hadapan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD