fb fb fb fb fb

Penipuan dalam talian, undang-undang sedia ada akan diperketat - PM

(FOTO HIASAN)

BANGKOK, 10 Februari - Undang-undang sedia ada berkaitan jenayah penipuan dalam talian akan diperketat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha tersebut akan dilaksana Kementerian Komunikasi dan Digital.

Tegas Datuk Seri Anwar, penguatkuasaan perundangan itu amat penting bagi mengelak lebih ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.

Ini terutamanya membabitkan tawaran pekerjaan.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Kita telah ambil pendirian yang agak tegas tapi kita juga ajak rakyat supaya lebih peka dengan perkara ini. Orang yang menipu ini sentiasa berselindung di beberapa negara seperti di Myanmar jadi kita tidak boleh dengan mudah izinkan diperdaya.

"Sekarang ini dari segi Menteri Komunikasi, Fahmi cari jalan untuk perketat undang-undang dan pihak PDRM juga ambil langkah yang perlu, tapis selain dari itu kita hanya mampu nasihat tapi undang-undang akan diperkenalkan untuk 'scammer'," katanya dalam sidang media, di sini.

Datuk Seri Anwar pada masa sama mengingatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan tawaran kerja di luar negara agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan pekerjaan.


Media Baharu