fb fb fb fb fb

Peniaga rugi RM300,00 kedai runcit rosak dipukul ribut rayu bantuan

KUALA NERUS, 27 Februari- Seorang peniaga di Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus mengalami kerugian hampir RM300,000 selepas pasar mini miliknya rosak dipukul ribut dalam kejadian pagi semalam.

Menurut Ahmad Khaliff Muzaffar Md Yani, 33 tahun kejadian kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan sebahagian struktur atap dan barangan runcit serta barangan basah rosak.

Katanya ketika kejadian, dia yang dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan dimaklumkan tentang kejadian berkenaan oleh salah seorang pekerja yang berada di kedai.

Ketika tiba di kedai, dia mendapati barangan jualan termasuk peralatan elektrik rosak.

"Rasa terkejut, sedih teramat sedih sebab modal sangat besar dan kita pun baru ada buat pinjaman jadi sekarang, saya kekeringan modal, saya harap keraajaan bantu saya," kata Ahmad Khaliff.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terenganu dan Kuala Nerus Ghazali Awang ketika dihubungi berkata sebanyak 172 buah rumah kediaman terjejas dengan insiden ribut.

Katanya bantuan dari segi pembaikian kerosakan rumah akan disalurkan menerusi Sekretariat Tabung Darul Iman.

Media Baharu