fb fb fb fb fb

Peniaga mengaku tidak bersalah culik ejen jualan kosmetik

PASIR MAS, 29 Disember- Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, atas pertuduhan menculik seorang wanita pada 13 September lalu.

Tertuduh, Chek Norhafizzi Chek Nor, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi yang masih bebas, Rosnazirah Mohd Nain.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar Adli dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Firdaus Zainal Abidin dan Majdah Muhamad.

(Tertuduh tiba di Mahkamah Sesyen Pasir Mas di sini)

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Hakim menetapkan 20 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan penetapan tarikh bicara.

Pada 13 September lalu, seorang ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vios.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, dekat Tumpat pada pukul 5.06 petang.

Media Baharu