fb fb fb fb fb

Peniaga hadkan jualan minyak paket, tidak salah - Pengarah KPDNHEP Kedah

(Foto Hiasan)

CHANGLUN, 23 Ogos- Tindakan peniaga menghadkan penjualan minyak masak bersubsidi kepadasetiap keluarga tidak menyalahi undang-undang.

Sebaliknya, tindakan itu hanyalah bertujuan untuk memastikan lebih ramai pengguna mendapat bekalan minyak masak bersubsidi tersebut.

Pada masa sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, bekalan minyak masak bersubsidi di Kedah mencukupi bagi menampung keperluan orang ramai.

Setakat ini katanya, pihaknya belum menerima sebarang aduan berkaitan aktiviti penjualan minyak masak bersubsidi kepada pihak yang tidak sepatutnya.

"Untuk pembelian minyak, had pembelian kuantiti dibenarkan, cuma dia tidak boleh letak syarat pembelian. Tapi kalau dia ada jumlah minyak yang terhad dan dia nak kawal pembelian kepada semua bagi dapat, tidak ada masalah kita benarkan, cuma kita tak benarkan letak syarat pembelian," katanya.

Beliau mengulas rungutan orang ramai mengenai tindakan sesetengah peniaga yang menghadkan pembelian minyak masak paket antara satu hingga tiga paket seorang.

Affendi bercakap kepada RTM selepas menghadiri Road Tour Kepenggunaan anjuran Pusat Khidmat ADUN Bukit Kayu Hitam di sebuah pasaraya di Changlun, Kedah.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan Negeri Kedah merangkap ADUN Bukit Kayu Hitam, Dato’ Halimaton Shaadiah Saad.


(Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth)

Media Baharu