KUALA LUMPUR, 26 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan
Penglibatan secara senyap memainkan peranan berkesan dalam menangani krisis di Myanmar.
Sehubungan itu, langkah positif diambil dengan pembentukan sebuah Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi bagi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
"Kumpulan ini diketuai oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Dr. Thaksin Shinawatra. Langkahnya mungkin kecil dan jambatan itu mungkin rapuh, tetapi seperti yang sering katakan, dalam soal keamanan, jambatan yang rapuh pun lebih baik daripada jurang yang semakin melebar."
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Semalam, ASEAN secara tegas menyeru agar Myanmar mematuhi sepenuhnya Konsensus Lima Perkara (5PC) yang telah dipersetujui sebelum sebarang proses pilihan raya dijalankan.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, tiada guna Myanmar mengadakan sebarang bentuk pilihan raya jika ia hanya disertai sebahagian kecil rakyatnya.
Kenyataan itu mencerminkan pendirian tegas ASEAN dalam usaha mengembalikan keamanan dan kestabilan di Myanmar, susulan krisis politik yang berlarutan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021.