Pengiktirafan IWK bukti komitmen Malaysia perkukuh pengurusan air, sanitasi mampan

Foto FB Indah Water Konsortium Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga atas pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Syarikat pembetungan nasional Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

RINGKASAN BERITA AI
  • IWK menjuarai kategori SDG 6 pada Anugerah Air Global 2026 di Madrid.
  • Pengiktirafan antarabangsa mencerminkan komitmen Malaysia memperkukuh pengurusan air dan sanitasi mampan selaras SDG 2030.
  • Kejayaan diharap menyuntik semangat memperkukuh usaha membina negara lebih lestari, inklusif dan sejahtera untuk generasi akan datang.

Pada Selasa lepas, Indah Water Konsortium telah menjuarai kategori Anugerah Matlamat Pembangunan Mampan 6 (SDG 6) pada Anugerah Air Global 2026 di Madrid, Sepanyol.

Susulan kejayaan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook berkata pengiktirafan antarabangsa itu mencerminkan komitmen tinggi Malaysia dalam memperkukuh pengurusan air dan sanitasi secara mampan selaras Agenda Pembangunan Mampan 2030 (SDG).

“Semoga kejayaan ini terus menyuntik semangat untuk memperkukuh usaha membina negara yang lebih lestari, inklusif dan sejahtera demi generasi akan datang”, katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsi satu tangkap layar laporan berita mengenai kemenangan tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.