Belia perlu bersedia hadapi perubahan teknologi AI

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Golongan belia perlu bersedia menghadapi perubahan teknologi termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin pantas bergerak seiring perkembangan ekonomi digital negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • AI mudah diakses, peluang untuk belia mempelajari teknologi dan sains khususnya berkaitan AI.
  • AI penting membantu pelbagai urusan peribadi dan pekerjaan.
  • Belia pantas menyesuaikan diri dengan perkembangan AI dan teknologi digital.
  • Penggunaan AI mesti beretika untuk tidak menjejaskan kreativiti, integriti dan kehalusan seni belia.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabran Abd Bahar berkata, teknologi (AI) kini dilihat semakin dekat dengan kehidupan golongan belia dan menjadi antara elemen penting dalam pembangunan negara masa depan.

“Jadi ini merupakan salah satu daripada akses yang sangat mudah untuk didapati oleh anak-anak muda kita untuk mereka mempelajari bidang-bidang teknologi, sains khususnya berkaitan dengan AI.

“Sebab AI ini merupakan salah satu daripada elemen yang sangat-sangat penting pada ketika ini untuk membantu dalam pelbagai urusan kita, sama ada urusan peribadi ataupun urusan berkaitan dengan kerja.

“Belia sememangnya bersedia. Pemerintah kita menekankan yang berkaitan dengan ketersediaan anak-anak muda kita ini untuk kita siapkan mereka, untuk kita sediakan mereka ini untuk mendepani pelbagai cabaran yang kita hadapi pada masa kini,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di RTM.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan , Khairul Rizam Abu Samah berkata golongan muda hari ini dilihat pantas menyesuaikan diri dengan perkembangan AI dan teknologi digital.

Namun beliau mengingatkan agar penggunaan AI dilakukan secara beretika dan tidak menjejaskan nilai kreativiti serta integriti dalam kalangan belia.

“Kalau dahulu, contohnya belia-belia ini, kalau kita cakap dia orang perlu reka bentuk, ia mengikut hati.

“Sekarangkalau kita dapat lihat, mereka hanya menggunakan AI, ia cepat sebenarnya. Tetapi kehalusan seni itu berbeza. Seperti Hari Belia, saya tengok cepat siap, rupanya semua menggunakan AI. Jadi kita dapat melihat mereka telah mengikut ke arah itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.