fb fb fb fb fb

Pengharaman jualan rokok elektronik disasar pertengahan 2026

Foto hiasan

CYBERJAYA, 25 September- Pengharaman penjualan rokok elektronik di negara ini disasar dapat dilaksanakan menjelang pertengahan tahun hadapan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, nota berkaitan perkara itu telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan, manakala memorandum penuh akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, pakar dalam jawatankuasa khas sedang meneliti secara terperinci semua aspek berkaitan.

Hasil perbincangan itu akan dimasukkan dalam memorandum akhir sebelum Jemaah Menteri membuat keputusan mengenai tarikh sebenar pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pelan Induk Nasional Sains Tingkah Laku dalam Kesihatan di sini, hari ini.

Menurut beliau, selain aspek perundangan dan penguatkuasaan, pendekatan sains tingkah laku akan turut digunakan bagi mengubah tabiat masyarakat, khususnya dalam kalangan pengguna rokok elektronik dan rokok konvensional.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN