KUALA LUMPUR, 3 Disember - Kerajaan sedang memperhalusi berhubung penggantian skim subsidi sedia ada dengan bantuan sosial melalui MyKad .
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying memaklumkan, keutamaan kerajaan kini adalah memastikan pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah atau (SARA) berjalan lancar sebagai asas kepada penyediaan bantuan dan subsidi secara bersasar.
Menurutnya, kaedah agihan bantuan kini beralih sepenuhnya kepada sistem digital yang lebih komprehensif, termasuk penggunaan platform E-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengambil kira kelayakan penerima secara menyeluruh.
Pembayaran bantuan turut dibuat melalui Pemindahan Dana Elektronik (EFT), membolehkan bantuan tunai terus dikreditkan ke akaun bank penerima.
"Kerajaan komited dalam memantau situasi semas dan memastikan skim subsidi sedia ada dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia dalam mendepani kos sara hidup," katanya ketika menjawab soalan wakil Sandakan Vivian Wong Shir Yee.
Vivian Wong meminta kementerian menyatakan sama ada Kementerian akan mempertimbangkan untuk
menggantikan skim subsidi kerajaan sedia ada dengan bantuan sosial melalui MyKad, berikutan kejayaan pelaksanaan mekanisme agihan program
SARA.
