Pengamal media benteng maklumat negara, suara kebenaran rakyat

Foto janaan AI

ANGKASAPURI KOTA MEDIA, 2 April – Peranan pengamal media amat signifikan dalam berhadapan dengan penyebaran berita palsu, manipulasi maklumat serta ancaman jenayah siber yang semakin kompleks.

RINGKASAN BERITA AI
  • Akta Keselamatan Dalam Talian (Akta 866) penting untuk memastikan ruang digital negara selamat, beretika dan bertanggungjawab.
  • Pengamal media adalah benteng maklumat negara dan suara kebenaran rakyat, menggunakan ilmu untuk menyampaikan maklumat sahih dan berintegriti.
  • Tangani disinformasi dengan bijaksana serta perkukuh perpaduan melalui komunikasi yang berkesan.
  • Kementerian menyokong pelaksanaan BDR bagi menangani krisis tenaga global dan akan melaksanakannya mengikut arahan kerajaan.

Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) atau Online Safety Act (ONSA) menjadi langkah penting dalam memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan bertanggungjawab, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.

“Kita bukan sekadar pengamal media, kita adalah benteng maklumat negara, kita adalah suara kebenaran rakyat.

“Gunakan ilmu ini untuk menyampaikan maklumat yang sahih dan berintegriti, menangani disinformasi dengan bijaksana, memperkukuh perpaduan melalui komunikasi yang berkesan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pengiktirafan Professional Trainers, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) 2026, di sini.

Dalam majlis sama, Datuk Abdul Halim juga menyambut baik saranan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR).

“BDR yang akan berkuatkuasa pada 15 April ini menyahut seruan kerajaan untuk menghadapi krisis tenaga global yang sedang kita alami.

“Insya-Allah di pihak Kementerian Komunikasi khususnya kami akan melaksanakan sebagaimana yang diarahkan oleh kerajaan,” katanya.