fb fb fb fb fb

Penerima i-Sejahtera fasa 1 mula terima bantuan

Foto Facebook Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 12 Mac- Program i-Sejahtera fasa satu tahun ini mula disalurkan hari ini melalui pindahan dana elektronik (EFT) dengan memanfaatkan 274,151 penerima di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata peruntukan lebih RM49 juta menerusi program itu sekali gus membuktikan kerajaan negeri komited terhadap kebajikan golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal serta suri rumah memerlukan.

"Jumlah wang yang terlibat adalah RM49.46 juta kalau dibandingkan dengan 2024 mungkin kurang sedikit, sebab ini merupakan fasa pertama.

"Selepas ini kita akan ada fasa 2 untuk diberikan kepada penerima pada tarikh akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Program i-Sejahtera Fasa 1 Tahun 2025 di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim.

Bagaimanapun permohonan yang dikemukakan selepas 10 Februari akan dibayar menerusi fasa 2.

Sepanjang tahun lepas, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak Lebih RM50 juta menerusi program sama dengan memanfaatkan 280,633 penerima.

Program Penghargaan warga emas, Program Bantuan OKU serta Program Anak Emas bawah inisiatif i-Sejahtera menerima RM200.

Manakala, Program Ibu Tunggal dan Program Suri Emas, masing-masing menerima RM100.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI