fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di tiga negeri berkurangan

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 18 April - Bilangan penduduk terjejas banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka berkurangan kepada 759 orang berbanding 1,319 tengah malam tadi.

Mereka di tempatkan di enam pusat permindahan sementara (PPS) setakat 6.00 pagi tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), tiga PPS dibuka di Selangor iaitu masing-masing satu di daerah Klang yang menempatkan 204 orang daripada 57 keluarga, Kuala Selangor (48 orang / 12 keluarga) dan Petaling (382 orang / 90 keluarga).

Di Negeri Sembilan, dua PPS iaitu di Rembau menempatkan 10 orang(empat keluarga) dan Port Dickson dengan 67 orang (tujuh keluarga), manakala di Melaka, hanya satu PPS di Alor Gajah melibatkan 48 orang (11 keluarga).

Sementara itu, paras air Sungai Klang di Pekan Meru, Klang (Selangor) dan Sungai Besut di Kampung La, Jerteh (Terengganu) masing-masing merekodkan tahap bahaya.

Paras air Sungai Duyong di Bemban, Melaka, Sungai Linggi dekat Pekan Linggi di Port Dickson, Negeri Sembilan serta Sungai Buloh di Parit Mahang, Kuala Selangor pula pada tahap amaran.

TETITIA YUSOFF