IPOH, 9 November- Banjir di Perak terus mencatatkan tren meningkat apabila jumlah penduduk terjejas banjir bertambah kepada 488 orang berbanding 479 orang setakat pukul 6 petang.
Pertambahan penduduk terjejas seramai sembilan orang menjadikan 22 orang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Chikus, daerah Hilir Perak.
Selain itu, jumlah mangsa di dua PPS kekal melibatkan PPS Serbaguna Padang Tembak (165), dan PPS Dewan MPTI (147).
Manakala di daerah Kerian, PPS SK Changkat Lobak (97) dan PPS SK Alor Pongsu, kekal sama.
Lima PPS dibuka setakat ini membabitkan dua daerah di Perak.