fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kelantan berkurang

Foto RTM

KOTA BHARU, 30 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan menunjukkan penurunan kepada 573 orang daripada 178 keluarga, berbanding 742 orang, petang tadi.

Kesemua penduduk yang terjejas kini ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah, iaitu Tanah Merah dan Kuala Krai.

Menurut portal Info Bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Tanah Merah masih merekodkan jumlah penduduk terjejas tertinggi, iaitu 571 orang daripada 177 keluarga yang berada di lapan PPS.

Sementara itu, laman publicinfobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya.

Tiga sungai lain mencatatkan paras air melebihi paras waspada, iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah dan Sungai Kelantan di Kuala Krai.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN