fb fb fb fb fb

Pendapatan pelancongan lebih RM23 bilion bersempena TMM 2024

(Foto fail)

AYER KEROH, 14 Mac- Kerajaan negeri menubuhkan Sekretariat Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 bagi menarik kehadiran 18.7 juta pelancong yang berpotensi menyumbang pendapatan sebanyak RM23.48 bilion.

Jawatankuasa itu diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari selaku Pengerusi TMM 2024.

Menurut Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis, bertemakan “Mana Lagi? Melaka Laa…”, tempoh pelancong bermalam di negeri itu juga dijangka meningkat kepada empat malam.

"Saya rasa persiapan ini semua ada beberapa produk baharu yang kita akan ketengahkan secepat mungkin. Saya berharap sangat agensi-agensi kerajaan dapat memberi sokongan dan kelulusan sebelum Jun tahun ini

"Kita hanya tinggal enam bulan lagi untuk mempersiapkan produk-produk baharu untuk kita pamerkan pada tahun depan”, kata Muhammad Jailani.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Udangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini.


(Pendapatan pelancongan lebih RM23 bilion bersempena TMM 2024)

Media Baharu