fb fb fb fb fb

Pendaftaran sijil MyIPO adalah pilihan - KP RTM

(Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman)

KUALA LUMPUR, 11 Februari - Sesi Taklimat bersama Syarikat Pembekal Program TV RTM semalam mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak pembekal.

Terdapat banyak maklumbalas industri pada sesi taklimat tersebut.

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman menegaskan bahawa pendaftaran sijil MyIPO adalah pilihan dan bukan mandatori.

"Tujuan utama sijil MyIPO adalah untuk mengelakkan berlakunya pertikaian hak cipta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sijil KKMM masih boleh digunakan dalam tempoh sah walaupun KKMM kini dikenali sebagai KKD.

Menurutnya lagi, tempoh pendaftaran telah dilanjutkan sehingga 17 Februari 2023 ini, manakala tempoh menghantar cadangan penerbitan kekal iaitu selewat-lewatnya pada 17 Februari 2023 supaya proses perolehan dapat diteruskan tanpa kelewatan berterusan.

Media Baharu