fb fb fb fb fb

Penangguhan kenaikan tol, rakyat dapat jimat lebih RM1,600 setahun

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR, 29 Julai - Hasil inisiatif penangguhan kenaikan kadar tol bagi tahun 2025 yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 julai lalu, pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya bertol dijangka boleh mencapai penjimatan sehingga RM136 sebulan atau RM1,632 setahun.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, bagi merealisasikannya, kerajaan dianggar menanggung sehingga RM568.92 juta setahun kos pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

"Kerajaan perlu menanggung kos pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya dengan anggaran sebanyak RM568.92 juta setahun. Namun begitu, jumlah pampasan sebenar yang perlu dibayar adalah tertakluk kepada jumlah trafik sebenar serta pengesahan oleh Juruaudit Operasi yang dilantik oleh Kerajaan dan syarikat konsesi.

"Oleh itu, sekiranya jumlah penjimatan ini didarabkan bagi tempoh 20 hari sebulan atau 240 hari setahun, pengguna akan menikmati penjimatan sebanyak RM136.00 sebulan atau RM1,632.00 setahun," katanya bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan tersebut yang ingin mengetahui implikasi kepada pengguna lebuh raya sekiranya kerajaan tidak menangguhkan kenaikan kadar tol pada tahun ini.

Penangguhan itu juga dijangka akan memanfaatkan hampir sejuta pengguna yang menggunakan 10 lebuh raya berkenaan.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN