fb fb fb fb fb

Pemuda UMNO Selangor harap diberi peluang lebih besar dalam PRU akan datang

Foto RTM

SHAH ALAM, 3 Jun- Pemuda UMNO Selangor berharap agar sayapnya terus diberikan peluang serta peranan lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketuanya, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata pendirian tersebut susulan kedudukan sayap parti tersebut dilihat sebagai pemegang taruh yang penting.

Bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat persekutuan.

"Pemuda UMNO di negeri Selangor perlu diberikan peranan yang lebih ketara. Lebih-lebih lagi dalam mengukuh gerak kerja bersama serta peranan politik.

"Ini demi memberi kebaikan dan juga manfaat kepada rakyat khususnya dalam kalangan anak-anak muda di Selangor," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketua Pemuda Bahagian di Selangor.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID