fb fb fb fb fb

Pembukaan sempadan negara akan diumumkan selepas dibincangkan kabinet

BUTTERWORTH, 10 Februari- Keputusan mengenai pembukaan sempadan negara hanya akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas dibentang dan dibincangkan dalam kabinet atau mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 sememangnya mengalu-alukan pengumuman Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac ini.

Namun jelasnya, tugas dan perbincangan Jawatankuasa Pemulihan Negara tidak boleh mempunyai mandat untuk membuat keputusan bagi pembukaan sempadan negara.

"Kita sudah maklumkan, bahawa saya terima apa yang dibangkitkan oleh jawatankuasa pemulihan kuartet dan telah membincangkannya. Kita akan bawa kepada kabinet atau jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri untuk membuat keputusan muktamad," jelas Hishammuddin mengulas kenyataan seorang ahli parlimen yang mempersoalkan sama ada keputusan membuka semula sempadan dibuat oleh MPN atau kuartet menteri.

Tambahnya, apa yang diumumkan Muhyiddin tempoh hari hanya untuk mengesyorkan sempadan boleh dibuka pada 1 Mac dan keputusan tidak boleh dibuat di peringkat kuartet.

Kerajaan mengambil maklum syor itu dan tidak timbul isu tiada komunikasi antara MPN dengan Menteri Kuartet COVID-19 berhubung pembukaan semula sempadan itu kerana individu yang sama menganggotai sidang tersebut.

Hishammuddin mengulas perkara itu pada Program Pengenalan Pesawat AW139 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disewa di Pangkalan TUDM, di sini.

Media Baharu