PUTRAJAYA, 10 Februari - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengesahkan bekas Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Mohammed Khairuzzaman ditahan pihak berkuasa negara ini.
Menurutnya penahanan itu dilakukan mengikut prosedur perundangan sedia ada.
"Mengikut perundangan kalau ada kesalahan kita tangkap, kalau ada permintaan daripada negara asal, kalau kita rasa ada kebenarannya kita lakukan tangkapan. Segalanya apa yang kita lakukan adalah mengikut prosedur", katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah ( JKPWAS-INDUK) bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Putrajaya.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Mohammed Khairuzzaman yang didakwa tinggal di Malaysia sebagai pelarian ditahan di rumahnya di Ampang semalam dan dijangka dihantar ke Bangladesh.