MASJID TANAH, 4 Jun- Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih di Masjid Tanah berjalan lancar dan perkembangannya mencapai 28% selain mengikut jadual ditetapkan.
TAPS Jernih dengan kos kira-kira RM234.7 juta akan membantu bagi menampung keperluan air pengguna di daerah Masjid Tanah dan sebahagian pengguna di daerah Melaka Tengah, sekali gus mengurangkan kebergantungan Melaka terhadap bekalan air mentah dari negeri lain menjelang 2026.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer yakin kolam tadahan air itu mampu disiapkan mengikut tempoh ditetapkan iaitu pada Disember 2024.
Bagaimanapun terdapat kelewatan pada awal pembinaannya berikutan tiada laluan yang sesuai untuk pelaksanaan projek itu namun ia berjaya diselesaikan.
"Dia dah 28% pembinaan dan sedikit terlewat sedikit tapi terlewat daripada mula kerja dahu sikit saya kata bukan kerana progress di dalam terlewat daripada mula kerja dulu..mereka sedang capai target untuk menyiapkan kerja-kerja lebih masa dijalankan setiap hari lah untuk nak mengejar balik sasaran tu," katanya kepada pemberita di sini.
Hameed turut menambah, selesai pembinaan TAPS Jernih ia akan disambung dengan pembinaan Loji Air Jernih di kawasan berdekatan yang dijangka siap sepenuhnya pada 2026.
(Hameed Mytheen Kunju Basheer)