fb fb fb fb fb

Pembangunan masyarakat orang asli di Pahang terus diperkasa

CAMERON HIGHLANDS, 26 Ogos - Pembangunan infrastruktur di perkampungan orang asli negeri pahang terus dititikberatkan bagi membolehkan anak-anak masyarakat itu tidak tercicir dalam bidang pendidikan.

Usaha tersebut termasuk penambahbaikan jalan-jalan di kawasan pedalaman perkampungan orang asli supaya memudahkan urusan mereka keluar ke sekolah.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato Ramli Mohd Nor berkata pihaknya sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan modal insan yang berjaya dalam kalangan masyarakat orang asli.

Ini disokong oleh pelbagai bantuan dan peruntukkan oleh Kerajaan Negeri Pahang menerusi unit-unit dibawahnya termasuk Pahang Orang Asli Corporation.

(FOTO HIASAN)

"Dalam perancangan pembangunan infrastruktur baru-baru ini saya secara langsung berjumpa dengan YB Menteri Pembangunan Luar Bandar memohon hamper serta pembangunan jalan-jalan di perkampungan orang asli.

"Ini meliputi di kawasan Pos Telano, Pos Mensun dan di sebelah Jelai, Pos Betau, peruntukkan lebih kurang RM3.5 juta setelah berbincang dengan pigak KPLB, itu akan dilaksanakan," kata Ramli Mohd Nor di sini.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, Johari Alwi berkata segala usaha Kerajaan Negeri mula membuahkan hasil apabila perkembangan yang drastik dalam bidang pendidikan masyarakat orang asli di negeri Pahang dapat dilihat.

"Untuk makluman, Alhamdulliah tahun 2021 ini pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Pahang untuk kategori orang asli yang mana beliau mendapat 11A daripada 12 subjek, dapat 11A dan 1B dan ada juga beberapa pelajar dapat 10A, 9A dan jika berdasarkan jumlah dari 1A hinggalah ke 11A , di Pahang sahaja kita ada lebih 100 pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 1A" kata Johari.

Media Baharu