fb fb fb fb fb

Ekspedisi kayak laut rentas sempadan, promosi geopelancongan Langkawi dan Satun

LANGKAWI, 26 Ogos- Seramai 40 peserta termasuk lapan wanita mencipta sejarah menerusi aktiviti kayak berkumpulan sejauh 42.8 kilometer dari Langkawi ke Satun dalam tempoh tujuh jam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Perancangan & Pembangunan) LADA, Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin berkata, ia antara usaha mempromosi Langkawi dan Satun sebagai destinasi geopelancongan terbaik dunia.

"Ini adalah program pertama pasca COVID-19, program ini juga telah dirancang dengan kerjasama pihak Gabenor Satun yang mana semasa lawatan TYT ke langkawi pada awal Ogos yang lalu, kita telah merancang program ini bersama untuk mengeratkan hubungan di antara dua geopark," katanya.


(Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Perancangan & Pembangunan) LADA,
Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin)

Sementara itu, Ketua Ekspedisi, Mohd Khairi Md Nanyan berkata, persiapan awal dilakukan selama tiga bulan, sebelum latihan intensif dilakukan dalam tempoh sebulan lalu.

"Jadi pasukan ekspedisi pada hari ini adalah pasukan pertama yang akan merentasi lautan Selat Melaka untuk ke Thailand. Ekspedisi ini juga bersempena dengan bulan kemerdekaan yang bakal kita sambut," katanya.


(Ketua Ekspedisi, Mohd Khairi Md Nanyan)

Sejurus melepasi perairan antarabangsa, ekspedisi akan disertai 20 peserta kayak dari Bangkok, Trang dan Phuket sebelum sama-sama berdayung ke Jeti Tammalang, Satun.



Media Baharu