fb fb fb fb fb

Penggunaan pengangkutan mikro mobiliti masih diperingkat kajian - Datuk Bandar Melaka

AYER KEROH, 26 Ogos - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) masih dalam peringkat kajian untuk membenarkan penggunaan pengangkutan mikro mobiliti seperti skuter elektrik sebagai mod pengangkutan terbaharu di kawasan pelancongan Bandar Hilir.

Datuk Bandar MBMB , Datuk Zainal Abu berkata ia selaras dengan saranan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam kearah usaha mengurangkan kesesakan di lokasi tumpuan.

Katanya , beberapa perkara tertentu seperti laluan khusus dan aspek keselamatan akan dibincangkan secara lebih terperinci bersama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

"Tahap kajian yang amat komprehensif kerana skuter atas jalan ini memang pernah disarankan cuma kita sedang mereka bentuk jalur ataupun jaringan kita panggil 'alligment' khusus untuk kenderaan ini berada bersama kenderaan-kenderaan lain di atas jalan raya.

"InsyaAllah kerana kita juga ada basikal 'green lane' cuma kita akan lihat dari segi kelebaran basikal 'green lane' ini kita akan panjangkan dan kita juga akan dapat peruntukkan daripada kementerian, kerajaan tempatan untuk itu," kata Zainal di sini.

(Zainal ketika ditemui pemberita selepas merasmikan
Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBMB
sempena Hari Kebangsaan 2022 di Dewan Taming Sari MBMB, di sini)

Dalam perkembangan sama , beliau berkata satu mesyuarat khas bersama Panorama Melaka bagi membincangkan secara terperinci berkenaan menambah baik sistem pengangkutan awam sekali gus memastikan ia berada dalam keadaan paling baik untuk rakyat negeri ini.

Media Baharu