fb fb fb fb fb

Pembangunan karakter pelajar tanggungjawab semua pihak

BANDAR ENSTEK,14 Mac- Kementerian Pendidikan (KPM) amat menitikberatkan pembangunan karakter pelajar untuk melahirkan golongan yang menghormati dan bijaksana.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berharap anak-anak yang mempunyai masalah sikap diberi peluang untuk mempunyai masa depan yang cerah.

"Intervensi ni penting sebab itu di peringkat KPM, kita juga telah memperkukuh bahagian kaunseling kita, termasuk juga memberikan banyak ruang autonomi kepada guru untuk menguruskan perkara berkaitan karakter anak-anak ini.

"Termasuk soal-soal sekiranya ada isu-isu disiplin, vandalisme misalnya, kita serahkan kepada PPD sekolah dan JPN untuk mengambil tindakan supaya ruang lingkup itu tidak disensasikan. Anak-anak kita ini apabila berhadapan dengan isu sikap, kita harus ambil pendekatan lindung terlebih dahulu.

"Dan kemudian ambil sikap untuk membuat intervensi-intervensi dan mendidik mereka ini menjadi manusia yang lebih baik," kata Fadhlina selepas melancarkan Seminar Membangunkan Malaysia Madani di Institut Aminuddin Baki di sini.

Katanya masyarakati, ibu bapa, dan NGO berkaitan juga perlu bersama dalam konteks melihat kepada pendidikan karakter anak-anak supaya dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan inisiatif ini.

(Fadhlina ditemu bual selepas melancarkan Seminar Membangunkan Malaysia Madani
di Institut Aminuddin Baki)

Media Baharu