KUALA LUMPUR, 14 Mac- Harga barangan keperluan asas adalah terkawal menjelang Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Jaminan itu diberi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
"Sebagai mengambil tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan KPDN akan mengadakan libat urus bersama beberapa pemain indsutri dalam tempoh terdekat.
"Jadi satu mesyuarat khas KPDN bersama MAFS akan diadakan dalam tempoh terdekat," kata Salahuddin sebagai mengulas kebimbangan barangan keperluan asas akan mengalami kenaikan harga menjelang Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
(Datuk Seri Salahuddin berkata harga barangan keperluan asas terkawal)