(Foto BERNAMA)
PERMATANG PAUH, 6 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta parti pambangkang untuk fokus kepada isu negara dan tidak lagi memainkan isu tukar kerajaan.
Menurut Anwar, ia merupakan masa tepat untuk mematikan isu tersebut yang tidak menguntungkan rakyat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun mencabar mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai sokongan cukup bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan agar membawa usul berkenaan ke sidang Parlimen bulan ini.
"Kita akan mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh dua minggu ini. Kalau ada angka, saya akan bawa isu ini ke Parlimen. Kita perlu menumpukan perhatian kepada membangunkan negara," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Anwar berkata pentadbiran yang diusahakan kini adalah untuk menghentikan salah laku pemimpin, penyelewengan, rasuah serta menggunakan kedudukan untuk mengaut kekayaan kepada diri, keluarga dan saudara-mara.
Hasil negara kini bertambah serta pelaburan dari China, India, Amerika Syarikat dan Australia melonjak naik kerana keyakinan pelabur asing terhadap pimpinan dan kerajaan yang stabil.
(Foto BERNAMA)