(Foto BERNAMA)
SEREMBAN, 8 Julai- Kerajaan Negeri Sembilan komited dalam menyokong usaha ke arah memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata menerusi pembacaan berupaya mengasah minda masyarakat sekali gus membentuk pemikiran mereka.
Beliau menyeru supaya dapat melahirkan masyarakat berilmu dan membangunkan modal insan berkualiti menerusi sifat suka membaca.
"Kerajaan Negeri Sembilan akan terus menyokong Pesta Buku Negeri Sembilan, aktiviti galakan membaca, serta sebarang aktiviti penerbitan buku sebagai perusahaan pendidikan dan budaya bagi memperkukuh budaya membaca terutama di Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pesta Buku Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2023 di sini.
Katanya, penganjuran pesta buku itu diharap dapat menjadi platform untuk mengumpulkan penulis supaya dapat bekerjasama dalam menghasilkan karya berkualiti.
(Foto BERNAMA)