fb fb fb fb fb

Pemangku Raja Pahang sempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja

SUNGAI BESI, 8 Oktober- Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2022 di Kem Perdana Sungai Besi.

Ia kembali diadakan tahun ini selepas dua tahun tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Ketibaan Tengku Hassanal pada pukul 9.00 pagi disambut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang.

Istiadat perbarisan melibatkan 643 orang Pegawai Kadet ATM daripada gabungan empat buah kolej perkhidmatan yang diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan (PRK), Mohd Aiman Amzar Mohamad Pazli.


(643 orang Pegawai Kadet ATM terlibat dalam Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan
Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2022)

Dalam perbarisan tersebut, tujuh pegawai kadet terbaik turut menerima Anugerah Pedang Kehormat berserta piala.

Selesai istiadat perbarisan, Tengku Hassanal turut berkenan mengurniakan watikah tauliah kepada 416 orang Pegawai Kadet TDM, 101 orang pegawai kadet TLDM dan 126 orang pegawai kadet TUDM di Dewan Tun Templer, Akademik Latihan Kententeraan (ALK).

Majlis kemudiannya disusuli dengan bacaan ikrar Taat Setia Perwira serta penyerahan skrol ikrar oleh Pegawai Muda yang baru ditauliahkan.

Media Baharu