(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR, 29 Jun- Jangan jadikan sensitiviti kaum, agama dan institusi beraja (3R) sebagai modal politik menjelang pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Sivamurugan Pandian berkata perkara itu perlu dipelihara.
Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini.
(Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Sivamurugan Pandian)
"Sudah pastilah mereka yang mahu melihat pilihan raya sebagai satu cabang besar, memberikan mandat kepada rakyat harus juga melihat ada keterbatasan, limitasi yang perlu kita akur supaya tidak mewujudkan perpecahan dalam kalangan masyarakat hanya semata-mata disebabkan kita mahu meraikan proses pendemokrasian tersebut", katanya kepada RTM.
Penganalisis Politik dan Media Baharu, Prof. Madya Dr Sara Chinnasamy senada dengan pandangan tersebut.
"Perkara yang berkaitan 3R ini kita perlulah kita elakkan dan kita perlulah berhemah dari segi menjalankan kempen-kempen politik dan mengelakkan perkara-perkara seperti memalukan mana-mana pihak ataupun berbentuk provokatif dan lebih ke arah kepada literasi politik yang lebih matang", katanya.