fb fb fb fb fb

Pelantikan ahli Majlis PBT dan Ketua Kampung di Perak dimuktamadkan dalam masa terdekat

(FOTO RTM)

IPOH, 17 Januari-Proses pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) & Ketua-ketua Kampung di Perak yang baharu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, semua pemegang jawatan Ahli Majlis PBT dan Ketua Kampung sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2022

Jelas beliau, perkara tersebut akan diuruskan Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan Sandrea Ng Shy Ching dan senarai nama terbabit akan dibawa ke Exco Kerajaan Negeri untuk kelulusan.

"Pelantikan baru perlu dibuat kerana ahli-ahli majlis ini datang daripada wakil parti pemerintah. Jadi kita perlu duduk semeja bagi capai persetujuan bagi melantik wakil-wakil parti pemerintah di semua 15 PBT", ujar beliau ketika ditemui menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Lahat Eco City.

Majlis dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah.

Tambah Saarani, pelantikan ketua-ketua kampung pula akan dibuat sejurus mendapat format yang bakal dikeluarkan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah.


(Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Lahat Eco City/ FOTO RTM)

Media Baharu