fb fb fb fb fb

Pelaksanaan Hab KITARecycle bakal diperluas ke seluruh Melaka

(Tapak Hab KITARecycle di Taman Botanikal, Ayer Keroh)

AYER KEROH, 17 Januari- Pelaksanaan Hab KITARecycle akan diperluas ke seluruh negeri Melaka dalam usaha melestari pengurusan sisa melalui amalan kitar semula.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Zaidi Atan berkata, ia sebagai persediaan menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri lestari pada tahun 2035.

Beliau berkata, projek ini bagi mengubah dan mendidik masyarakat di negeri itu dalam mengurus sampah dengan betul.

Katanya, tapak projek Hab KITARecycle pertama terletak bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dijangka mula beroperasi Mac depan.

Tambahnya, fasiliti Hab KITARecycle ini merangkumi tiga komponen utama iaitu Pusat Pandu Lalu KITARecycle, Pusat Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) dan Kenderaam Bergerak KITARecycle.

Terdahulu, beliau merasmikan program penyerahan Tapak Hab KITARecycle di Taman Botanikal, Ayer Keroh.

Katanya, Pusat Pandu Lalu KITARecycle dilaksana di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Pusat Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA), di ruang legar Melaka Mall dan Kenderaan Bergerak KITARecycle akan menjelajah ke seluruh negeri itu.


(Datuk Zaidi Atan berucap pada program penyerahan Tapak Hab KITARecycle di
Taman Botanikal, Ayer Keroh)

Media Baharu