fb fb fb fb fb

Pelan lebih agresif diperlukan bagi percepat transisi tenaga, kurangkan kebergantungan sumber fosil

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 25 Jun - Industri tenaga elektrik terus berdepan cabaran dinamik global dipengaruhi isu sumber dan kos penjanaan selain soal kemampanan.

Malaysia juga tidak terkecuali terkesan dengan situasi kenaikan mendadak sumber arang batu yang merupakan sebahagian daripada sumber fosil digunakan untuk penjanaan elektrik selain gas.

Menurut Pengarah Bahagian Kejuruteraan (Elektrik Kuasa) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Jasrul Jamani Jamian, satu pelan lebih agresif diperlukan untuk mempercepat transisi tenaga.

Ia bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada sumber fosil sekaligus menjamin kelestarian masa depan industri elektrik negara.


(Pengarah Bahagian Kejuruteraan (Elektrik Kuasa) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor
Madya Dr. Jasrul Jamani Jamian)

"Dari segi kerajaan kita boleh nampak mereka mula pergi ke arah tenaga boleh baharu, sebab itu kerajaan keluar dengan nem 1.0, 2.0, 3.0 untuk menggalakkan pengguna rumah dan industri untuk pemasangan solar, banyak inisiatif diusahakan supaya kita tak bergantung 100% kepada tenaga tradisional bahan api fosil kita," kata beliau.

Kesedaran mengenai amalan kecekapan tenaga dalam kalangan pengguna perlu ditingkatkan.

Semalam, kerajaan mengumumkan tarif semasa elektrik dan air dikekalkan melibatkan subsidi RM5.8 bilion biar pun berdepan kenaikan kos.

Media Baharu