fb fb fb fb fb

Pelan jangka panjang (PR1MA) sedang diperinci, elak projek perumahan terbengkalai

(FOTO HIASAN)

CAMERON HIGHLANDS, 10 Februari- Pelan jangka panjang mengenai program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Pahang dijangka siap pada bulan depan.

Garis panduan yang kini dalam peringkat kajian diguna pakai sebagai dasar perumahan yang lebih jelas kepada rakyat.

Menurut Exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun, antara yang akan diteliti menerusi pelan jangka panjang itu termasuklah jumlah rumah yang akan disiapkan dalam tempoh ditetapkan bagi mengelak projek perumahan terbengkalai.

" Kita akan buat kajian semula keseluruhan, rata-rata pemaju menyatakan bahawa harga untuk nilai semua sekarang RM150,000 yang mana ini adalah kos pembinaan sebab tanah itu adalah tanah kerajaan jadi tidaklah mereka membeli tanah. Ini bermakna RM150,000 daripada tahun 2010 itulah harganya jadi mungkin sampai masa namun Menteri Besar cuba untuk kekalkan harga itu, namun kita boleh buat cara lain, mungkin 'design' kita ubah sikit," katanya.


(Exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun)

Beliau menyatakannya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau di Cameron Highlands.

Program anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui agensinya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk merawat sisa organik daripada dibuang ke tapak pelupusan.

Media Baharu