fb fb fb fb fb

Pusat remaja KafeTEEN, 38,000 remaja dapat manfaat

PUTRAJAYA, 10 Februari - Seramai 38,000 remaja manfaat menerusi program Pendidikan dan Pembangunaan Kemahiran (PPK) yang dilaksanakan di Pusat Remaja KafeTEEN kelolaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program yang dilancarkan pada 2006 itu harus diperluaskan lagi.


(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri)

Selain perkhidmatan kesihatan reproduktif, manakala kira-kira 20,000 remaja lagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling sosial di Pusat Remaja KafeTEEN.

Sewaktu pandemik Covid-19 pada tahun 2020, LPPKN juga mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Trak KafeTEEN iaitu perkhidmatan bergerak KafeTEEN yang menumpukan perkhidmatan di kawasan-kawasan bersesuaian

"Saya percaya kita perlu menambahkan lagi bukan kerana figura tetapi manfaat yang mereka boleh peroleh daripada program ini.

"Bagi saya ia adalah satu aktiviti yang harus digalakkan dan ditambah penyertaan dikalangan remaja. Untuk yang masih bersekolah, kita cuba kenalkan dari usia mereka kecil lagi, supaya mereka biasa melihat aktiviti- aktiviti sihat in," katanya selepas Majlis Penyerahan Trak KafeTEEN Outreach di Kompleks Kejiranan Presint 16, hari ini.

Program berkenaan dijalankan di 18 buah Pusat Remaja KafeTEEN di seluruh negara membabitkan masing-masing lapan premis di LPPKN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta dua di Pusat Transit KafeTEEN.

Dalam perkembangan yang sama, beliau juga menyatakan usaha mempromosikan KafeTEEN juga akan terus dipergiat melalui aplikasi myKafeTEEN.

Sehingga kini seramai 10 ribu pengguna menerima manfaat daripada pengisian aplikasi berkenaan yang boleh dimuat turun menerusi telefon pintar masing-masing.

Media Baharu