Pelaksanaan Sekolah Rintis Bangsa Johor, JTDC diperkasa – Exco

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali / Foto Facebook Muhammad Naqib

ISKANDAR PUTERI, 22 Julai – Kerajaan Johor komited memperkasakan pelaksanaan Sekolah Rintis Bangsa Johor serta Johor Talent Development Council (JTDC) sebagai agenda utama pembangunan modal insan di negeri berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sekolah Rintis Bangsa dan JTDC dianggap produk strategik menyediakan ilmu, kemahiran dan daya saing generasi muda.
  • Pendidikan digariskan sebagai asas kukuh bagi menghadapi cabaran dunia yang semakin mencabar.
  • Kerjasama berpasukan ditekankan untuk merealisasikan inisiatif demi kesejahteraan dan masa depan rakyat Johor.

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali menyifatkan kedua-dua insiatif berkenaan sebagai produk strategik yang dapat menyediakan ilmu, kemahiran dan daya saing kepada generasi muda bagi mendepani cabaran masa hadapan.

“Pendidikan sebagai asas kuat untuk kita berdepan dengan dunia yang semakin mencabar.

“Justeru, dua inisiatif tersebut yang telah dilaksanakan sebelum saya memegang portfolio ini akan saya teruskan dan perkukuhkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat dan Aspirasi Portfolio Pendidikan dan Penerangan di sini.

Pada masa sama, Dr Muhammad Naqib turut menekankan semangat kerja berpasukan menjadi teras penting dalam memastikan setiap inisiatif pendidikan dapat direalisasikan demi kesejahteraan dan masa depan rakyat Johor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.