fb fb fb fb fb

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara - PETRA

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir/Fail

KLANG, 11 Oktober- Pelaksanaan prinsip Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) perlu diangkat sebagai sebahagian agenda global, dalam menarik pelaburan di negara.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kedua-dua konsep tersebut bukan sekadar tarikan semata-mata tetapi syarat bagi pelabur membuat pelaburan di negara ini.

"Yang kedua, daripada segi ESG itu sendiri akan memberi pulangan ataupun impak positif kepada kita."

"Contohnya, daripada segi penggunaan tenaga, bila kita menggunakan tenaga dengan lebih cekap bermaksud kita melakukan penjimatan yang boleh memanjangkan hayat mesin-mesin ataupun infrastruktur kita," kata Akmal kepada pemberita.

Tambah beliau, dalam konteks sosial pula, apabila majikan menjaga hubungan baik dengan pekerja ia mampu meningkatkan produktiviti.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM