fb fb fb fb fb

Pelaksanaan DLP, terpakai di semua sekolah kerajaan

Fadlina Sidek

NIBONG TEBAL, 20 Jun- Garis Panduan Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains dan Matematik terpakai untuk semua sekolah kendalian kerajaan.

Menurut Menteri Pendidikan Fadlina Sidek, semua sekolah kerajaan juga perlu mempunyai satu kelas mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, seiring Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pihak Kementerian Pendidikan memberi jaminan akan membantu mana-mana sekolah yang berdepan dengan masalah garis panduan berkenaan program itu selain perlu rujuk dengan kementerian bagi melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan yang ditetapkan.

"Tidak betul, semua kita sudah minta untuk menggunapakai garis panduan ditetapkan dan tidak ada masalah setakat ini. Sekolah-sekolah yang ada masalah dengan pelaksanaan garis panduan itu kita akan turun dan bantu.

"Semua sekolah kena patuh garis panduan tersebut, garis panduan itu dan ia terpakai untuk semua sekolah. Jadi semua sekolah kerajaan kena rujuk garis panduan tersebut," kata Fadhlina.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim yang menyatakan sekolah elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah dikecualikan daripada peraturan baharu DLP.

Terdahulu Fadhlina menghadiri majlis peluncuran Sekolah Pengajar Program Sahabat Bahasa Institut Pendidikan Guru Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI